“Nasihat Nabi Muhammad S.A .W
kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali
berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu
anakanda kesayangan Nabi
Muhammad S.A. W berpesan kepada
Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin,
pakailah di jari:
1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)
dan janganlah memakai pada jari
1] jari tengah
2] jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang
kerana memakai cincin pada jari
telunjuk dan jari tengah adalah
meniru cara berhias kaum yang
dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang
derhaka dizaman Nabi Lut a.s .
Perhatian: Cara memakai cincin
adalah termasuk lelaki ataupun
perempuan. Muslimin dan Muslimat,
sila nasihatkan kawan-kawan dan juga
saudara-mara ataupun anak-anak
tentang kaedah yang betul untuk
berhias di dalam syariat Islam, kalau
tidak sia-sia saja kita mendapat
kecelakaan dari Allah dan kalau kita
memakai cincin dengan niat mengikut
sunnah Nabi S.A .W maka dapatlah
kita akan pahala.
Adapun tentang jari mana yang
hendak didahulukan ketika memotong
kuku, al-Imam Ibn Hajar al- ’Asqalani
(10/345 ) menyebut:
“Tidak thabit dalam tertib jari-jari
ketika memotong kuku sesuatu
hadithpun… Ibn Daqiq al- ’Ied telah
mengingkari bentuk (memotong kuku)
yang telah disebut oleh al-Ghazali dan
orang yang mengikutnya, dengan
berkata: “Semua cara-cara itu tidak
ada asalnya, dan untuk mengatakan ia
suatu yang digalakkan, ianya suatu
yang tidak ada dalilnya, ia merupakan
suatu yang tercela di sisiku, sekiranya
seseorang menggambarkan, cara
memotong kuku dimulakan dengan
jari telunjuk tangan kanan disebabkan
kemuliaannya, maka jari-jari yang lain,
dia tidak akan dapat menentukannya
dengan cara itu. Ya! memulakan
dengan yang kanan samaada tangan
ataupun kaki itu ada asalnya, kerana
Nabi S.A. W. suka memulakan sesuatu
dengan sebelah kanan.”
Thursday, December 29, 2011
pemakaian cincin menurut islam
Published with Blogger-droid v2.0.2
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment